Temduguga Biasiswa MyBrain15 2018 Di UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Temduguga Biasiswa MyBrain15 2018 di UPM

Temduguga Biasiswa MyBrain15 2018 di UPM

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan antara 7 universiti awam yang terpilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadi tuan rumah bagi temduguga biasiswa MyBrainda 1200 calon telah hadir ke temuduga itu. Mereka teridiri daripada pelajar universiti awam (UPM, UKM, USIM, UPNM) dan pelajar universiti swasta (UNITEN, UNIKL, CUCMS, IMU, UCSI). Tujuan temuduga itu diadakan adalah untuk memilih calon-calon yang terbaik untuk menerima biasiswa pascasiswazah itu.

MyBrain15 ialah program pembiayaan pengajian pascasiswazah yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang merupakan komitmen kerajaan dalam menyokong aspirasi rakyat melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi dan melengkapi diri dengan kelayakan yang dapat menambah kebolehan berdaya asing serta kebolehpasaran diri sejajar dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Ekonomi Baru (MEB). Program-program yang ditawarkan ialah MyMaster dan MyPhD.

 

 

Tarikh Input: 14/05/2018 | Kemaskini: 07/06/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXESKA7~