Universiti Putra Malaysia melalui Sekolah Pengajian Siswazah dengan kerjasama TNB Global Business Solutions telah menganjurkan seminar Future of Work in Shared Service Industry secara maya pada Isnin, 5 Julai 2021 melalui aplikasi Cisco Webex.
Puan Yasmin Mohd Ramzi, Ketua Service Delivery of TNB Global Business Solutions telah dijemput sebagai penceramah. Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Professor Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain, Timbalan Dekan SGS (Tesis, Hal Ehwal Pelajar dan Media). Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian Puan Yasmin Mohd Ramzi dan hampir 100 pelajar pascasiswazah menyertai program maya tersebut.
Sesi soal dan jawab ringkas diadakan sebelum Puan Yasmin Mohd Ramzi mengakhiri perkongsiannya bagi memberi peluang kepada peserta untuk bertanyakan soalan yang berkenaan. Seminar tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi.
Tarikh Input: 14/07/2021 | Kemaskini: 27/07/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203