UKM Dan UPM Dilantik Menjadi Sekretariat Pertandingan Three Minute Thesis Peringkat Kebangsaan | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » UKM dan UPM Dilantik Menjadi Sekretariat Pertandingan Three Minute Thesis Peringkat Kebangsaan

UKM dan UPM Dilantik Menjadi Sekretariat Pertandingan Three Minute Thesis Peringkat Kebangsaan

29 Februari 2024, Bangi - Pada tahun ini UKM dan UPM telah dilantik sebagai sekretariat yang akan menjalankan Pertandingan Three Minute Thesis 2024 Peringkat Kebangsaan. Oleh itu, suatu pertemuan pertama telah diadakan bertempat di Pejabat Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pertandingan Three Minute Thesis (3MT@) penyelidikan yang dibangunkan oleh Universiti Queensland (UQ). Ia adalah satu usaha untuk menyediakan peluang kepada pelajar bagi memupuk kemahiran akademik, komunikasi penyelidikan dan kemahiran pembentangan. Secara khususnya, pertandingan ini akan menguji keupayaan pelajar untuk menerangkan penyelidikan mereka secara efektif dan kepentingannya dalam bahasa yang sesuai untuk penonton di luar bidang dalam masa tiga minit.

Peserta mestilah pelajar PhD semester 3 dan ke atas serta telah lulus kertas cadangan penyelidikan. Pelajar juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya dapatan kajian awal dan belum memenuhi semua syarat pengijazahan.

Turut hadir bersama, Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah and (Promosi)), Universiti Kebangsaan Malaysia. Mesyuarat berakhir dengan jamuan ringkas dan sesi fotografi pada jam 12.00 tengari.

Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 19/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDWA1~