Upacara Angkat Sumpah Pelajar Baharu Semester Pertama 2018/2019 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Upacara Angkat Sumpah Pelajar Baharu Semester Pertama 2018/2019

Upacara Angkat Sumpah Pelajar Baharu Semester Pertama 2018/2019

September 19, 2018 – Seramai 1137 pelajar baharu semester pertama 2018/2019 telah turut serta dalam upacara angkat sumpah di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Sultan Salahuddin Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Upacara yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) itu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari lebih daripada 25 buah negara.

YBhg. Encik Zulkiflee Othman (Bursar), YBhg.  Encik Muzaffar Shah Kassim (Ketua Pustakawan), YBhg. Puan Nor Siah Haji Baharin (Penasihat Undang-Undang) and YBhg. Prof. Madya Dr. Azmawani Abd Rahman (Pengarah Strategi dan Komunikasi Korporat), dekan-dekan fakulti, pengarah-pengarah institut, Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA) and Peer Support Group (PSG) turut hadir untuk menyerikan majlis itu.

Tujuan upacara deklaratif itu diadakan antaranya adalah untuk mempereratkan ikatan dan meningkatkan tahap komunikasi antara jawatankuasa pengurusan universiti dan pelajar pascasiswazah baharu.

Sesi seterusnya diteruskan dengan taklimat dan penjelasan oleh Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah mengenai perkara-perkara yang meliputi perspektif berikut: akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran, bantuan kewangan dan mobiliti diikuti dengan pembentangan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa Putra yang mendedahkan butiran mengenai pas pelajar dan mobiliti.

Menjelang penutupan, peserta turut diperkenalkan dengan Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA).

Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM ditubuhkan untuk meningkatkan pengalaman pelajar antarabangsa di UPM dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, rangkaian dan berintegrasi dengan pelajar-pelajar lain.

Majlis itu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

 

 

 

 

 

 







 

Tarikh Input: 24/09/2018 | Kemaskini: 26/09/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZHAq~