Upacara Pengambilan Sumpah Pelajar Pascasiswazah Baru Semester 2, 2018/2019 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Upacara Pengambilan Sumpah Pelajar Pascasiswazah Baru Semester 2, 2018/2019

Upacara Pengambilan Sumpah Pelajar Pascasiswazah Baru Semester 2, 2018/2019

SERDANG, 19 Februari 2019 - 763 pelajar pascasiswazah baharu Semester 2 2018/2019 telah menjalani upacara angkat sumpah di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Sultan Salahuddin Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah merasmikan acara tersebut. Kumpulan pelajar baharu ini terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari lebih daripada 30 buah negara.

Objektif acara ini adalah untuk meningkatkan hubungan dan tahap komunikasi antara pelajar baharu dan para pegawai utama UPM. Turut hadir, Dekan dan Pengarah yang mewakili fakulti dan institut masing-masing di UPM. Para tetamu jemputan yang lain adalah termasuk ahli-ahli Persatuan Pelajar Antarabangsa (UPMISA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sesi ini diteruskan dengan taklimat dan penjelasan oleh timbalan dekan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan: Akademik, Tesis, Hal Ehwal Pelajar, Sokongan Pembelajaran, Bantuan Kewangan dan Mobiliti. Seterisnya, pembentangan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa mengenai Pentadbiran Pas Pelajar dan Mobiliti.

Semasa penuju penutupan majlis, para hadirin diperkenalkan dengan ahli-ahli Persatuan Pelajar Antarabangsa (UPMISA) yang datang dari pelbagai negara.

Persatuan Pelajar Antarabangsa dibentuk untuk meningkatkan pengalaman pelajar antarabangsa di UPM dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman, rangkaian dan mengintegrasikan diri mereka dengan rakan-rakan pelajar.

Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan berlangsung hingga jam 1.00 petang.

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/06/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZQAK~