UPM Menyertai Pertandingan Asia-pacific 3MT 2019 Di Australia | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » UPM Menyertai Pertandingan Asia-pacific 3MT 2019 di Australia

UPM Menyertai Pertandingan Asia-pacific 3MT 2019 di Australia

Brisbane, 4 Oktober 2019 - UPM adalah antara dua universiti Malaysia yang mewakili Malaysia untuk menyertai pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2019. Sebanyak 58 peserta dari universiti di seluruh Australia, New Zealand dan Asia telah menyertai pertandingan ini.

3MT merupakan pertandingan yang telah diasaskan oleh University of Queensland. Sebagai peserta, para pelajar dikehendaki membentangkan penyelidikan mereka kepada para hadirin hanya dalam masa tiga minit. Pertandingan ini dicipta di UQ pada tahun 2008 oleh Profesor Emeritus Alan Lawson, yang mendapat idea semasa musim kemarau di Queensland ketika kebanyakan pancuran mempunyai pemasa selama tiga minit. Kini, 3MT telah berkembang ke lebih daripada 350 institusi di enam benua. 3MT Asia Pasifik ditaja oleh Springer Nature dan  penyertaannya terdiri daripada enam negara dan setiap negeri atau wilayah Australia.

UPM diwakili oleh Nurfatimah Mohd Thani dengan pembentangannya bertajuk “Sweet Success with Subcritical Water”. Dia merupakan seorang pelajar PhD dari Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Nurfatimah gembira kerana mendapat pengalaman mewakili Malaysia dan UPM di pertandingan 3MT 2019 Asia Pasifik. "Walaupun saya tidak menang kali ini, peluang untuk membentangkan penyelidikan saya di pentas antarabangsa adalah saat yang saya akan sentiasa hargai," katanya.

Pemenang pertandingan 3MT 2019 Asia Pasifik ialah Jessica Bohorquez dari The University of Adelaide dan tajuk pembentangannya ialah "Guardian of Pipelines". Jessica memenangi hadiah bernilai AUD5,000 dalam bentuk geran perjalanan penyelidikan yang ditaja oleh Springer Nature.

 

Nurfatimah menyampaikan pembentangan 3MT beliau “Sweet Success with Subcritical Water”

 

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEYCAO~