UPM Tuan Rumah MS FSCC Summer School 2018 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » UPM Tuan Rumah MS FSCC Summer School 2018

UPM Tuan Rumah MS FSCC Summer School 2018

Food Security and Climate Change Summer School Malaysia 2018 telah berjaya diadakan di Universiti Putra Malaysia pada 14-28 Julai 2018. Program kerjasama antarabangsa ini telah ditaja oleh European Union di bawah skim Erasmus Plus (Erasmus +).

Seramai 45 pelajar dan 22 fasilitator dari pelbagai negara termasuk Eropah menyertai MS FSCC Summer School summer school kedua ini. Summer school yang pertama telah diadakan di Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia pada tahun lepas. Pada 16 July 2018, Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris telah merasmikan 2018 MS FSCC Summer School di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian.

Sekolah musim panas dua minggu ini bertujuan memberi pendedahan langsung dan juga latihan kepada pelajar dalam aktiviti berasaskan pertanian yang berkaitan dengan keselamatan makanan dan perubahan iklim. Berdasarkan tema tahun ini, “Oil Palm – Cattle Integration: A Transition Towards Sustainability”, peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti semasa minggu pertama summer school mereka dalam persekitaran pembelajaran yang sangat interaktif yang menggabungkan kuliah, kajian kes dan perbincangan kumpulan yang dijalankan oleh sekumpulan penceramah yang terkemuka.

Mereka juga mendapat peluang untuk belajar melalui pengalaman secara langsung semasa lawatan sambil belajar selama 6 hari di mana mereka diberi peluang untuk menggunakan pengetahuan teoretikal dan empirikal yang diperoleh pada minggu pertama. Lawatan sambil belajar diadakan di Palong dan Keratong, Negeri Sembilan.

MS FSCC Summer School itu berakhir pada 28 Julai 2018 dengan membuat lawatan 1 hari mengelilingi pusat bandar Kuala Lumpur. Semua peserta berlepas pada 29 Julai 2018, meninggalkan Malaysia dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebagai agen perubahan untuk kemapanan dalam bidang pertanian.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 31/08/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFCFAH~