SERDANG, 26 Mac 2022 – Keadaan tempat kerja yang kondusif adalah kunci motivasi setiap staf secara amnya. Mengambil berat akan faktor tersebut, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (JK EKSA) Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM telah menganjurkan aktiviti gotong royong secara menyeluruh. Aktiviti sepanjang hari Sabtu ini, telah diisi dengan pelbagai agenda yang bermanfaat selain daripada mengemas bangunan SPS itu sendiri. Aktiviti senamrobik, mengemas bilik rekod, penyusunan perabot dan aktiviti melukis mural telah dijayakan bersama oleh kesemua ahli SPS yang menghadiri program gotong-royong tersebut. Pihak urusetia telah memastikan bahawa aspek keselamatan dan SOP sentiasa dipatuhi sepanjang pelaksanaan program tersebut.
Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 28/04/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203