Usaha SPS Dalam Memperkukuh Kemahiran Asas Protokol Dan Etiket Sosial Staf | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Usaha SPS Dalam Memperkukuh Kemahiran Asas Protokol dan Etiket Sosial Staf

Usaha SPS Dalam Memperkukuh Kemahiran Asas Protokol dan Etiket Sosial Staf

5 Julai 2023, Serdang – Pengetahuan asas peradaban adalah penting dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) prihatin akan kepentingan pendedahan kepada ilmu asas etika stafnya. Ia merangkumi etika pertuturan, pemakaian dan gaya makan di majlis-majlis rasmi.

SPS telah menjemput En. Ludinata Misnun, (Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan dan Kebolehpasaran Graduan UPM) sebagai penceramah bagi Kursus Protokol dan Etiket Sosial kepada staf (bukan akademik) SPS yang telah diadakan di L’Apperenti, UPM. Kursus selama 4 jam ini telah menggariskan beberapa aspek penting penampilan seorang penjawat awam di tempat kerja mahupun awam, secara umum. Komponen seperti warna pakaian, tona suara, etika makan dan dress code bersesuaian mengikut majlis/tempat telah diterangkan dengan begitu jelas oleh En. Ludinata, yang juga merupakan seorang perunding imej professional.   

Kursus ini telah dinilai keberkesanannya dengan kuiz dalam talian sebelum dan selepas ceramah En. Ludinata. Peserta kursus dapat menilai sendiri tahap pengetahuan mereka dan bertanya soalan ketika sesi soal jawab. Kursus tersebut telah berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi fotografi bersama penceramah jemputan dan kesemua peserta SPS yang hadir.

Tarikh Input: 14/07/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDNAS~