Watikah Pelantikan Postgraduate Students Ambassador (PGSA) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Watikah Pelantikan Postgraduate Students Ambassador (PGSA)

Watikah Pelantikan Postgraduate Students Ambassador (PGSA)

7 Jun 2024, Jumaat - Majlis Pelantikan ahli Postgraduate Student Ambassador (PGSA) telah diadakan dengan jayakan pada 7 Jun 2024, Jumaat bertempat di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia. Beberapa orang pelajar pascasiswazag telah dinilai dan dipilih menjadi salah seorang ahli PGSA mewakili setiap fakulti dan institut masing-masing.

Student Ambassadors atau Duta Pelajar merupakan salah satu elemen yang memperkaya pengalaman pelajar sepanjang pengajian mereka di sesebuah institusi. Keanggotaan duta pelajar ini adalah meliputi pelajar tempatan dan antarabangsa dari peringkat pra serta pascasiswazah. Di Malaysia, kumpulan pelajar ini seringkali dikenali sebagai student buddies, ambassadors atau liaisons yang dikendalikan oleh sesebuah PTJ di universiti/kolej.

Tempoh keahlian adalah selama dua (2) semester dan akandiperbaharui melalui pencalonan oleh fakulti/sekolah/institut dan pelantikan akan terlucut sekiranya status pelajar bertukar menjadi Terminated, Defer, Withdraw, Thesis Submitted atau Completed.

Antara objektif utama pembentukan Postgraduate Student Ambassador (PGSA)adalah untuk melatih pelajar pasasiswazah sebagai duta pelajar yang proaktif dalam perancangan atau pelaksanaan aktiviti universiti, memperkasa nilai tambah (added value) pelajar pascasiswazah UPM melalui penglibatan aktiviti kokurikulum bersifar pembangunan karakter, kesedaran komuniti, pengukuhan personaliti dan jaringan industri dan memperkukuh hubungan pelajar pascasiswazah UPM bersama alumni dan industri sebagai mempelbagai perspektif/jaringan pelajar.

Majlis dihadiri oleh Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Timbalan Dekan SPS, Prof. Dr. Rusmawati Mohd Said, dan Dekan dan Timbalan Dekan setiap fakulti dan institut. Majlis berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang.

Tarikh Input: 10/06/2024 | Kemaskini: 19/06/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (10:07:35pm-10:12:35pm, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]