YES2Malaysia - The Biggest Education Malaysia Fusion Expo In Jeddah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » YES2Malaysia - The Biggest Education Malaysia Fusion Expo in Jeddah

YES2Malaysia - The Biggest Education Malaysia Fusion Expo in Jeddah

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Yes2Malaysia-The Biggest Education Malaysia Fusion Expo anjuran REXPO, Education Malaysia Global Assist dan disokong oleh Education Malaysia yang bermula pada 12 Mei hingga 18 Mei 2022 di Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah dan Pejabat EMGA REXPO Jeddah.

UPM diwakili oleh pegawai dari Sekolah Pengajian Siswazah dan Bahagian Kemasukan dan Bahagian Tadbir Urus Akademik, Puan Rahmawati Umar dan Puan Norliya Yahya.

Ekspo tersebut menampilkan lebih 16 wakil Universiti terkemuka Malaysia termasuk UPM dan Kolej Kampus Cawangan Luar Negara. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang pameran itu antaranya sesi taklimat bersama bakal pelajar dan penaja dari pelbagai agensi.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai pembiayaan, biasiswa, kemasukan dan lain-lain maklumat berkaitan dengan bertanya secara langsung kepada wakil setiap universiti dan kolej. Tiga kursus teratas yang dinilai oleh pelajar di Jeddah, Arab Saudi yang ditawarkan oleh UPM adalah dalam bidang perniagaan, sains kesihatan dan teknologi maklumat.

Booth UPM dikunjungi hampir 100 pengunjung dalam satu masa dengan majoriti pelajar lepasan sekolah, ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan dewasa bekerja, ahli industri dan orang awam yang sedang merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

  

  

  

 

Tarikh Input: 19/05/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdIAk~