![]() |
Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima oleh Sekolah Pengajian Siswazah. |
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah (GRF/GRA/IGSS/PASS/BKW) selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan. |
|
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dua (2) minggu bekerja selepas tarikh kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah. |
![]() |
Memaklumkan keputusan peperiksaan semester kepada pelajar dalam tempoh sehari (1) selepas perakuan Senat. |
|
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan penangguhan pengajian dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. |
![]() |
Memastikan pelajar menduduki viva voce dalam tempoh empat (4) bulan selepas penyerahan tesis kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk peperiksaan. |
|
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan pelanjutan tempoh pengajian dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. |
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan semakan pemberhentian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan Senat |
|
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran program/bidang pengajian dalam tempoh tiga (3) bulan selepas permohonan lengkap diterima. |
![]() |
Memaklumkan keputusan pengurniaan ijazah kepada pelajar melalui portal pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pengesahan Senat. |
|
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan naik taraf pengajian ke program PhD selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima daripada PTJ. |
![]() |
Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah SGRA selewat-lewatnya sepuluh (10) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima dan telah mendapat sokongan daripada PTJ. |
![]()
Kemaskini:: 21/04/2026 [aslamiah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services