Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» PROGRAM PENGAJIAN » PROGRAM SECARA KERJA KURSUS » Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

 

 Master Sains Bioteknologi dengan Biokeusahawanan (MSBB) (Kemasukan Trimester Pertama Sahaja)
Master Sains Bioteknologi dengan Biokeusahawanan (MSBB) ialah program pasca siswazah secara kerja kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Ia merupakan kurikulum bersepadu baharu yang menggabungkan kepakaran pengurusan dan sains hayat untuk menyediakan anda menghadapi masa depan dalam industri bioteknologi dan perusahaan berasaskan bio.

MSBB menampilkan kurikulum yang komprehensif di mana anda dapat membangunkan kemahiran dan strategi untuk mengenal pasti penyelesaian berasaskan sains berdasarkan keperluan, meneroka inovasi yang berpotensi dan belajar membentuk peluang dalam dunia sebenar. Program 40 kredit ini disusun dalam tiga trimester (1 tahun) dan diajar dalam Bahasa Inggeris. Ia terdiri daripada kursus teras termasuk disertasi dan kursus elektif dan semua kelas akan dijalankan selepas waktu pejabat dan hujung minggu. Selepas tamat pengajian, graduan akan dapat merealisasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di tempat kerja dan mempamerkan kelebihan daya saing berbanding orang lain, sekali gus meletakkan diri mereka untuk pembangunan kerjaya yang lebih bermanfaat.


PENYELARAS PROGRAM

Dr. Mohd Shamzi Mohamed
Tel: +603-9769 4545
Pejabat: Bangunan Annex, Tingkat 1, Biotech 3
Emel: m_shamzi@upm.edu.my
Laman web: https://biotech.upm.edu.my/

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Kemaskini:: 02/03/2026 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (09:14:10am-09:19:10am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]