Fakulti Pertanian | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» PROGRAM PENGAJIAN » PROGRAM SECARA KERJA KURSUS » Fakulti Pertanian

Fakulti Pertanian

 

 Master Pengurusan Sumber Tanah
Pengurusan Tanah yang Lestari adalah perlu memandangkan sumber tanah yang terhad untuk pengeluaran makanan dan trend yang meningkat ke arah pembangunan bandar. Kemusnahan tanah dan bekalan sumber air yang terhad memburukkan lagi keadaan.Tanah adalah sumber berharga yang perlu dipelihara dan dilindungi untuk kebaikan bersama di masa hadapan. 

Penyelaras Program

Dr. Roslan Ismail
Tel : +603-8947 4857
Faks : +603-8940 8316
Emel: roslanismaiol@agri.upm.edu.my
http://www.agri.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Pengurusan Perladangan
Master Pengurusan Perladangan merupakan Ijazah Sarjana Profesional. Program ini telah bermula pada Mei 1998 hasil kerjasama antara UPM (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) dan ‘The Incorporated Society of Planters’ (ISP). Bakat gabungan kedua-dua organisasi memastikan kualiti yang tinggi program ini. Pelajar yang telah diterima masuk ke program ini termasuklah pengurus kanan perladangan, penyelidik, pensyarah, peguam dan akauntan. Program ini distrukturkan untuk pelajar yang telah berkerja. Ijazah yang diperolehi adalah melalui kerja kursus (berlainan dengan tesis penyelidikan).

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Tel : +603-8947 4844
Faks : +603-8940 1014
Emel: hafidzi@upm.edu.my
http://www.agri.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Sains Tanah Tropika

Tanah di kawasan tropika seperti Malaysia merupakan tanah yang amat terluluhawa, mempunyai ketidakseimbangan nutrien, dan sering dihakis akibat penerimaan hujan yang tinggi. Justeru, negara-negara yang mempunyai taburan tanah tropika memerlukan tenaga kerja yang berkepakaran tinggi dalam pengurusan tanah tropika secara lestari supaya kesuburan tanah dapat dilindungi, dikekalkan dan dipertingkatkan untuk mendapatkan hasil tanaman yang tinggi. Program Master Sains Tanah Tropika dirangka khusus dengan penumpuan kepada aspek-aspek kimia, biologi, fizik dan kesuburan tanah tropika serta kaedah-kaedah pemuliharaan, survei dan pengelasan tanah tropika. Penekanan juga turut diberikan kepada aspek-aspek ekonomi sumber, pertanian persis dan bioteknologi pertanian. Matlamat program Master Sains Tanah Tropika adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan mendalam dan berkemahiran tinggi dalam bidang sains tanah tropika lestari yang menekankan kepada aspek persekitaran, sosio-budaya dan ekonomi, berkecekapan tinggi dalam pengurusan dan penyelidikan tanah tropika secara profesional, dan berkemahiran menggunakan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan akademik dan kerjaya di sektor awam dan swasta.


Penyelaras Program

Dr. Muhammad Firdaus Sulaiman
Tel : +603-8947 4121
Emel: muhdfirdaus@upm.edu.my
http://www.agri.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Sekuriti Makanan

Program Sarjana Keselamatan Makanan menawarkan lima pengkhususan iaitu Sains Pertanian dan Haiwan, Ekonomi dan Polisi, Sains Makanan, Perhutanan serta Sains Iklim. Program ini dibangunkan dengan kerjasama Fakulti Pertanian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, serta Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan tinggi dalam bidang keselamatan makanan serta menjadi tonggak kepada agenda negara dalam isu sekuriti makanan. Program ini juga berperanan sebagai ‘feeder program’ bagi menyediakan pelajar ke peringkat pengajian PhD. Pembangunan program ini melibatkan kerjasama lima universiti ASEAN di bawah Konsortium Universiti (University Consortium), termasuk UPM, sebagai pengiktirafan kepada kepakaran siswazah UPM. Tempoh pengajian minimum ialah 1 tahun 6 bulan (3 semester) dan maksimum ialah 3 tahun (6 semester). Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 42 jam kredit, merangkumi kursus teras, elektif pengkhususan, seminar, dan disertasi penyelidikan.


Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi
Tel : +603-9769 4930 / 4907
Emel: nolila@upm.edu.my
http://www.agri.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 

 

Kemaskini:: 30/04/2026 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (10:00:50am-10:05:50am, 24 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]