
| Master Surgeri (Surgeri Am) |
|
Master Surgeri (Surgeri Am) adalah salah satu program pakar yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pakar-pakar pembedahan am amat diperlukan di hospital kerajaan, IPTA serta sektor swasta sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani masalah nisbah kekurangan pakar dalam bidang subkepakaran pembedahan terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, fakulti mengadakan program ini bertujuan melahirkan pakar bedah umum yang lebih ramai bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang subkepakaran pembedahan. Selain itu, bilangan tenaga pengajar bagi program ini akan bertambah dan bakal memenuhi keperluan pakar negara dari semasa ke semasa. Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar pembedahan am pada masa ini yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan berkaitan dengan bidang yang ditawarkan. Program ini bermatlamat untuk melahirkan pakar- pakar bedah yang kompeten, mematuhi prinsip-prinsip etika perubatan, mampu mengurus dan menyelesaikan kes pembedahan am secara menyeluruh disamping mengendalikan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembedahan am. Fasa II: Tahun 2 & 3 Tahun 3 Fasa III: Tahun 4 Calon Malaysia
|
| Master of Environmental and Occupational Health (Program ditutup sementara bagi pengambilan baharu) | ||||||||||
| Program ini direka supaya graduan dapat menerapkan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal yang diperoleh untuk menjalankan penyelidikan di tempat kerja mereka sendiri dengan pengawasan minimum bagi menghasilkan keputusan yang berasaskan bukti.
Pelajar akan didedahkan kepada aspek pelbagai disiplin dalam Kesihatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, dasar dan undang-undang global dan tempatan, toksikologi, kebersihan industri, faktor manusia dan ergonomik, metodologi penyelidikan, sistem pengurusan, dan aspek kejuruteraan dalam pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Sekiranya proses pembelajaran sepanjang hayat menarik minat mereka, pelajar boleh memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran.
Pilihan A: |
| Master Patologi (Permohonan bagi kemasukan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia) |
|
Program Sarjana Patologi adalah program pasca-siswazah 4 tahun, bertujuan untuk melahirkan Pakar Patologis Hospital yang kompeten. Program ini dilaksanakan dalam 2 fasa : Fasa I dan Fasa II, dan dilaksanakan secara sstem terbuka (open system). Fasa I dijalankan selama satu (1) tahun merangkumi 4 modul disiplin utama Patologi : Patologi Anatomi, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan dan Patologi Kimia. Calon akan melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam semua modul tersebut selama 10 minggu setiap satu modul, di Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM. Di akhir fasa I, calon diwajibkan menduduki Peperiksaan Profesional Iktisas I dalam Patologi Umum. Calon mesti lulus semua bahagian untuk meneruskan ke Fasa II program Sarjana Patologi. Fasa I : Tahun 1
|
| Master Perubatan Keluarga (Permohonan bagi kemasukan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia) |
|
Program Master Perubatan Keluarga telah ditawarkan di Universiti Putra Malaysia bermula pada tahun 2011 setelah mendapat akreditasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya adalah program pascasiswazah, latihan dalam pekerjaan selama 4 tahun minima dan 7 tahun maksima. Ianya bertujuan untuk melahirkan Pakar Perubatan Keluarga yang kompeten. Program ini dilaksanakan dalam 3 fasa : Fasa I (tahun 1), Fasa II (tahun 2 &3) dan Fasa III (tahun 4), dan dilaksanakan secara sistem terbuka (open system). Fasa I : Tahun 1
Fasa II: Tahun 2 & Tahun 3
Fasa III: Tahun 4
|
| Master Perubatan (Pediatrik) |
|
Master Perubatan (Pediatrik) adalah suatu program professional peringkat kepakaran yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Ia merangkumi 4 tahun di mana calon akan memperolehi pengetahuan asas dalam pediatrik umum serta sub-bidang pediatrik yang lain. Pengetahuan ini juga melibatkan teori fundamental asas, skil klinikal serta konsep penting dalam pengurusan rawatan pesakit. Tahun 1
Tahun 2 & 3
Tahun 4
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
|
| Master Perubatan (Psikiatri) |
|
Program Master Perubatan (Psikiatri) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah satu daripada program pascasiswazah yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program ini mempunyai objektif untuk melahirkan pakar psikiatri yang cekap, selamat, mampu berfikir secara kritikal yang mengamalkan prinsip etika perubatan dalam membuat sebarang keputusan. Program ini ialah pengajian sepenuh masa dengan tempoh pengajian minimum 4 tahun dan maksimum 7 tahun. Bahasa yang digunakan di dalam pengajaran adalah Bahasa Inggeris. Walaubagaimana pun Bahasa Malaysia akan digunakan di dalam keadaan yang memerlukan penggunaannya. Fasa II : Tahun 2 & 3 Fasa III : Tahun 4 Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
|
| Master Kesihatan Awam |
|
Dunia hari ini berhadapan dengan ancaman kesihatan yang mencabar yang terdiri daripada pelbagai penyakit yang baru dikesan atau kemunculan semula penyakit yang sediada. Perubatan kesihatan awam merupakan disiplin pencegahan penyakit dan mempromosi kesihatan melalui penglibatan masyarakat, organisasi, awam dan swasta dan individu. Program ini menyediakan pelajar untuk menangani cabaran-cabaran ini melalui kaedah disiplin yang menggabungkan pengetahuan terkini kesihatan awam, pemikiran rasional dan membuat keputusan, profesionalisme, etika dan kerjasama. Master Kesihatan Awam yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia pasti akan membantu pelajar dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan penduduk. Program ini merangkumi semua bidang utama dalam bidang perubatan kesihatan awam seperti epidemiologi, statistik perubatan, pengurusan perkhidmatan kesihatan, promosi kesihatan, kesihatan keluarga, perubatan alam sekitar dan perubatan pekerjaan. Program ini bertujuan untuk melahirkan profesional perubatan dan kesihatan yang mempunyai asas yang kukuh dalam bidang perubatan kesihatan awam, serta latihan dan persediaan yang cukup untuk mengambil khusus dan / atau disiplin khusus sub kepakaran mereka sendiri.
Semester Kedua:
KAEDAH LATIHAN
Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang sesuai dari universiti yang diiktiraf oleh UPM seperti berikut:
|
| Doktor Kesihatan Awam |
|
Doktor Kesihatan Awam (DrPH) ialah program Kedoktoran Kepakaran Profesional yang telah ditawarkan pada Semester Pertama Sesi Akademik 2013/2014 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program DrPH adalah program sepenuh masa selama 3 ke 6 tahun (6 ke 12 semester) pengajian. Program ini mengandungi kerja kursus, disertasi dan residensi. Pengajaran dijalankan di kampus Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM dan di fasiliti kesihatan (daerah, negeri dan persekutuan) dan institusi kesihatan tempatan atau antarabangsa di dalam atau luar negara. Pengajaran merangkumi kuliah, seminar, pembelajaran berpusatkan pelajar, kajian kes, residensi kesihatan awam dan penyelidikan untuk disertasi. Program ini menawarkan bidang kepakaran seperti berikut:
Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang sesuai dari universiti yang diiktiraf oleh UPM seperti berikut:
|
| Master Perubatan (Radiologi) |
|
Master Perubatan (Radiologi) merupakan salah satu bidang yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Pakar dalam bidang Radiologi ini amat diperlukan di hospital kerajaan, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta sektor swasta. Penawaran bidang ini di UPM bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar Radiologi begi memenuhi keperluan negara yang masih terlalu rendah. Peningkatan permintaan terhadap pakar Radiologi dijangka meningkat dengan ketara kerana peningkatan penggunaan teknologi yang canggih. Pengimejan diagnostik lebih jelas, tepat dan dapat memberikan banyak informasi baru bagi diagnosis pesakit. Ini menjadikan peranan radiologi lebih relevan. Peningkatan penggunaan teknik intervensional dalam diagnosis dan rawatan pesakit pula menambahkan keperluan kepada lebih ramai pakar radiologi. Selain itu, peningkatan kemajuan dalam kerjaya kepada para pegawai perubatan di Malaysia akan tersedia dengan kewujudan lebih peluang latihan khusus kepakaran. Peningkatan pakar Radiologi dan bilangan pensyarah dalam bidang Radiologi membantu dalam memenuhi keperluan negara. Fasa I : Tahun 1
Fasa II : Tahun 2 & 3
Fasa III: Tahun 4
KAEDAH LATIHAN
Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang sesuai dari universiti yang diiktiraf oleh UPM seperti berikut:
|
| Master Perubatan (Perubatan Dalaman) |
|
Master Perubatan (Perubatan Dalaman) adalah salah satu program pakar yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pakar-pakar perubatan dalaman amat diperlukan di hospital kerajaan, IPTA serta sektor swasta sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani masalah nisbah kekurangan pakar perubatan dalaman terhadap masyarakat. Oleh yang demikian, fakulti mengadakan program ini bertujuan melahirkan pakar perubatan dalaman yang lebih ramai bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan dalaman. Selain itu, bilangan tenaga pengajar bagi program ini akan bertambah dan bakal memenuhi keperluan pakar perubatan dalam negara dari semasa ke semasa. Program ini juga bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar perubatan dalaman yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan berkaitan dengan bidang yang ditawarkan.
Fasa II: Tahun 2 & 3
Fasa III: Tahun 4
|
| Master Perubatan (Anestesiologi) |
|
Program Master Perubatan (Anestesiologi) menawarkan Ijazah Master Perubatan (Anestesiologi). Program ini merangkumi 4 tahun sesi akademik yang membolehkan graduan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang anestesiologi dan ilmu yang mencukupi dalam subkepakarannya. Program ini bertujuan untuk melahirkan pakar anestesiologi yang cekap, berfikiran kritis serta mampu meneruskan pembelajaran perubatan secara pembelajaran kendiri. Selain itu, program ini bakal melahirkan pakar anestesiologi yang mempamerkan daya kemahiran dan kepimpinan dalam mengetuai pasukan resusitasi dan berfungsi sebagai ahli dalam memberi perkhidmatan anestesiologi dan rawatan rapi. Graduan Anestesiologi mempunyai akauntabiliti sosial dan bertindak sebagai pakar perunding bagi meningkatkan tahap kepakaran, amalan dan piawaian anestesiologi.
Fasa II: Tahun 2 & 3
Fasa III: Tahun 3 & 4
|
| Master Surgeri (Ortopedik) |
|
Program Master Surgeri (Ortopedik) ditawarkan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang Ortopedik bagi memenuhi permintaan tinggi sektor awam dan swasta terhadap sumber manusia profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang Ortopedik sehingga menurunkan bilangan pakar Ortopedik kepada penduduk. Program ini juga dapat menambah bilangan tenaga pengajar bagi program Doktor Perubatan dalam bidang Ortopedik dalam institusi Pengajian Awam atau swasta. Program ini turut menyediakan peluang peningkatan kemajuan dalam kerjaya kepada para pegawai surgeri di Malaysia dengan kewujudan lebih peluang latihan khusus kepakaran. Program ini bertujuan mempertingkatkan bilangan pakar Ortopedik yang mampu melakukan penyelidikan yang relevan berkaitan masalah kesihatan dalam bidang Ortopedik di Malaysia.
Fasa II: Tahun 2
Fasa III: Tahun 3 & 4
|
| Master Sains Pemakanan (Pengambilan semester pertama sahaja) | ||||||||
|
Master dalam Sains Pemakanan menawarkan topik-topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan. Program ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan, yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Selain itu, program ini membantu dalam mengembangkan kemahiran menterjemahkan pengetahuan berdasarkan bukti menjadi nasihat, dasar dan penyelidikan yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan seluruh penduduk.
|
| Master Psikologi Klinikal (Program ditutup sementara bagi pengambilan baharu) | ||||||||
|
Program Master Psikologi Klinikal adalah program yang bertujuan untuk melatih individu yang berminat dalam kemahiran klinikal dan praktikal agar mereka menjadi ahli psikologi klinikal yang kompeten. Seorang psikolog klinikal terlibat dalam menilai, mendiagnosa, dan merancang intervensi pencegahan untuk pelbagai gangguan psikologi yang mengganggu fungsi harian dan sosial populasi. Program sepenuh masa ini berdasarkan kursus mencakup teori asas dan lanjutan psikologi klinikal, kemahiran intervensi klinikal, kemahiran psikoterapi, penilaian dan ujian diagnostik, psikopatologi dewasa dan kanak-kanak, neuropsikologi, metodologi penyelidikan, dan statistik. Selain itu, pelajar akan diminta untuk menjalankan projek penyelidikan dalam bidang psikologi klinikal dan menjalani tempat latihan klinikal di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan klinik atau pusat lain yang menyediakan perkhidmatan kesihatan mental.
|
Kemaskini:: 11/03/2026 [nurul]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services