Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» PROGRAM PENGAJIAN » PROGRAM SECARA KERJA KURSUS » Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

 

 Master Ekonomi
Program ini menyediakan kursus pengajian yang luas dalam bidang ekonomi gunaan. Program ini menekankan keseimbangan antara pengetahuan teori dan aplikasi praktikal yang sesuai dengan pelbagai pihak berkepentingan. Pelajar akan memperoleh kemahiran yang relevan dalam menjalankan penyelidikan ekonomi dengan mengambil kursus kaedah penyelidikan ekonometrik, teknik statistik dan disertasi master. Pelajar juga akan didedahkan kepada isu semasa ekonomi global dan alat penyelidikan ekonomi dan pengajian yang terkini.

Penyelaras Program

Dr. Anitha Rosland
Tel : 603-9769 7517 / 7645
Emel: anitharosland@upm.edu.my / mecon@upm.edu.my
http://www.econ.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Master Keusahawanan
Program ini merupakan program holistik rasmi bagi menghasilkan calon dengan naluri dan kemahiran keusahawanan untuk usaha inovatif dan kreatif. Program ini direka untuk calon daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Pelajar yang mengikuti program ini juga akan didedahkan kepada pengalaman praktikal untuk mengeksploitasi peluang-peluang pasaran serta mendapat manfaat daripada rangkaian.

Penyelaras Program


Dr. Rosmah Mohamed
Tel : 603-9769 7133 / 7778
Emel: m_rosmah@upm.edu.my / mentrep@upm.edu.my
http://www.econ.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Master Kewangan
Program Master Kewangan adalah program siswazah secara kerja kursus yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengkhususan bagi program ini adalah Kejuruteraan Kewangan dan Kewangan Islam. Selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan lebih banyak profesional dalam bidang kewangan, program ini akan menyediakan pelajar untuk kerjaya yang menarik dan berjaya dalam industri kewangan.

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Ahmad Fahmi Sheikh Hassan
Tel: 603-9769 7270
Emel: mfin@upm.edu.my
http://www.econ.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Master Pentadbiran Perniagaan
Di dalam persekitaran global hari ini yang tidak menentu, tidak pasti, kompleks dan samar-samar, pengurus perniagaan perlu bertindak balas dengan cepat dan fleksibel bagi menangani cabaran yang kian meningkat. Program MBA di UPM mensasarkan kepada golongan pemimpin dan pengurus profesional untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti kemahiran di dalam pentadbiran perniagaan dan organisasi. Program MBA kami dibentuk khas untuk membina asas yang kukuh untuk kemahiran pengurusan perniagaan, maka ia amat sesuai bagi pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan pentadbiran perniagaan mahupun yang tidak. Projek penyelidikan berkonsepkan kajian kes kami akan memberi peluang pelajar untuk mendalami selok-belok perniagaan di dalam industri yang dipilih. Ini akan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk berfikir dan membuat keputusan secara strategik.

Penyelaras Program

Prof. Madya Dr. Raja Nerina Raja Yusof
Tel: 603-9769 7663
Emel: mba@upm.edu.my
http://www.econ.upm.edu.my

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Master Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi (MHRMO)

Program Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi (MHRMO) di Universiti Putra Malaysia (UPM) direka bentuk untuk melahirkan pemimpin masa hadapan dalam bidang pengurusan sumber manusia dan kepimpinan organisasi di sektor awam dan swasta. Program ini disusun khas untuk golongan profesional yang bekerja, dengan matlamat membekalkan pengetahuan lanjutan, kemahiran strategik, serta kecekapan profesional bagi membolehkan graduan cemerlang dalam peranan kepimpinan — termasuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman terdahulu dalam bidang sumber manusia.

Pelajar akan mendapat manfaat daripada kursus seperti Strategic Leadership, Business Analytics and Intelligence, dan Industrial Relations, disertai dengan pembelajaran praktikal melalui seminar, kajian kes, serta projek penyelidikan. Keunikan program ini terletak pada kerjasama dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), yang membolehkan graduan memperoleh bukan sahaja ijazah Sarjana daripada UPM, tetapi juga dua pensijilan profesional berikut:

1. Certified Professional Leadership in Management
2. Certificate Professional in Industrial Relations

Program ini merangkumi 43 jam kredit (31 teras disiplin, 6 elektif, dan 6 projek penyelidikan), serta menawarkan mod pengajian yang fleksibel sama ada sepenuh masa atau separuh masa dengan kelas dijalankan selepas waktu bekerja. Dengan jaringan industri yang kukuh dan kurikulum berasaskan amalan, program MHRMO mempersiapkan graduan untuk cemerlang sebagai profesional dalam bidang pengurusan sumber manusia dan organisasi dalam persekitaran kerja yang dinamik masa kini.




Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 


 

 

Kemaskini:: 07/10/2025 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (03:50:37pm-03:55:37pm, 23 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]