COVID-19 : Vaksin | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » COVID-19 : Vaksin

COVID-19 : Vaksin

Apakah itu Vaksin?

Vaksin mengandungi antigen atau bahan yang boleh merangsang imuniti badan yang menyerupai kuman (contohnya virus COVID-19). Vaksin diperbuat sama ada dari bentuk kuman/virus yang lemah (attenuated) atau ternyahaktif (inactivated), salah satu protein permukaan virus (Subunit) dan yang terkini menggunakan jujukan genetik.

Vaksin tersebut merangsang system ketahanan badan untuk mengenal dan menghasilkan antibody untuk memusnahkan kuman (contohnya virus COVID-19) sekiraya berlaku jangkitan.

Bagaimanakah vaksin berfungsi didalam tubuh manusia?

Vaksin COVID-19 disuntik didalam badan. Hasil suntikan vaksin, system imuniti badan akan menghasilkan antibody yang spesifik terhadap virus COVID-19. Vaksin meningkatkan tahap imuniti badan tanpa menyebabkan jangkitan penyakit. Hasil daripada suntikan vaksin, sistem antibody bertindak ke atas virus COVID-19 sekiranya terdedah kepada virus COVID-19.

 

Rakyat Malaysia tidak perlu lagi ragu-ragu tentang keselamatan vaksin COVID-19 yang akan digunakan di negara ini. Ini kerana, pemilihan vaksin dibuat oleh pakar-pakar tempatan selepas meniti semua data dan bukti dari ujian klinikal. Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr Kalairasu Peariasamy berkata, pemilihan sesuatu vaksin bukan satu perkara mudah kerana melibatkan nyawa manusia. Justeru, vaksin yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia telah melalui proses penilaian ketat dan semakan dari pelbagai aspek.

Malaysia akan menerima bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Februari ini. NPRA telah membei kelulusan bersyarat untuk tempoh setahun kepada vaksin ini. Dr Kalairasu berkata, vaksin ini telah melalui ujian klinikal melibatkan lebih 40,000 orang berumur antara 18 hingga 80 tahun dari pelbagai bangsa dan beberapa negara.

Vaksin Pfizer didapati 95% berkesan mengurangkan gejala dan simptom COVID-19.Vaksin diperlukan untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus merebak dan melindungi kumpulan berisiko tinggi. Vaksin hanya berkesan jika lebih ramai mengambilnya untuk membentuk imuniti berkelompok.

 

 

 

Sumber :

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/01/tidak-perlu-ragu-keselamatan-vaksin-covid-19
  2. World Health Organization https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/covid-19-vaccines

Tarikh Input: 29/01/2021 | Kemaskini: 01/06/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbHAE~