Bakat Penulisan Staf SPS Terserlah!: Pertandingan Penulisan Kreatif 'Dari Mata Hati Ke Mata Pena | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Bakat Penulisan Staf SPS Terserlah!: Pertandingan Penulisan Kreatif 'Dari Mata Hati Ke Mata Pena

Bakat Penulisan Staf SPS Terserlah!: Pertandingan Penulisan Kreatif 'Dari Mata Hati Ke Mata Pena

11 November 2022, Serdang – Bakat terpendam staf Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) terserlah melalui Pertandingan Penulisan Kreatif 'Dari Mata Hati Ke Mata Pena, bertemakan Kelestarian Hijau. Pertandingan ini telah dijalankan bermula 21-28 Oktober 2022, dibawah kelolaan Unit HEP & Media.

Penyertaan yang memberangsangkan daripada staf SPS, merentas Unit, telah mempamerkan sambutan yang baik bagi pertandingan tersebut. Penulisan dalam pelbagai bentuk seperti, pantun, syair, sajak dan sendaloka telah dihantar. Seramai enam (6) orang pemenang telah dipilih seperti yang berikut:

Johan
: Ummi Nadhirah Yusof
Naib Johan
: Nurul Ain Muhammad Zaini
Tempat Ketiga
: Masitah Ramlee
Anugerah Khas Juri
: Salwati Abdul Ghani
: Siti Nurhasni Ramli
: Farah Hanani Roslan

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dilakukan pada 11 November 2022 (Jumaat) oleh Timbalan Dekan Tesis dan HEP & Media, Prof. Madya. ChM. Dr.Siti Salwa Abdul Ghani. Peluang sebegini dapat mencungkil pelbagai bakat yang terpendam dalam kalangan staf SPS sekaligus memberi pengiktirafan kepada kebolehan mereka, yang berbeza dari skop kerja. Adalah diharapkan pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan interaktif.

 

  

 

 

Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaNA2~