Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 2023/2024 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 2023/2024

Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 2023/2024

23 Mac 2024, SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melaksanakan sesi taklimat bagi pelajar baharu pascasiswazah yang telah mendaftar bagi semester kedua sesi 2023/2024 secara maya dengan jayanya menggunakan aplikasi Zoom Meetings dan YouTube Live. Seramai 354 pelajar pascasiswazah baharu, tempatan dan antarabangsa, telah menghadiri taklimat selama lima (5) jam tersebut.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan dan diteruskan dengan taklimat dan penjelasan oleh barisan Timbalan Dekan SPS mengenai perkara-perkara yang meliputi perspektif berikut: akademik, tesis, hal ehwal pelajar, sokongan pembelajaran, bantuan kewangan dan mobiliti. Sesi taklimat diteruskan pula dengan penerangan daripada pusat tanggungjawab berikut yang secara langsung dalam pengurusan/ perkhidmatan pelajar pascasiswazah:

  1. Pejabat Bursar
  2. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
  3. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
  4. Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC)
  5. Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC)
  6. Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP)
  7. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)

Sesi Q&A telah diadakan sepanjang taklimat dan pada akhir setiap slot penceramah. Pelajar telah mendapat maklumat yang lebih jelas daripada wakil pegawai- pegawai SPS dan jabatan yang berkaitan di ruangan chat kedua-dua platform tersebut. Taklimat tersebut telah diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 1.30 petang.

Tarikh Input: 24/03/2024 | Kemaskini: 16/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEeQAg~