Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil maklum akan arahan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mengeluarkan satu kenyataan media pada31 Januari 2021 berhubung kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal 2020/2021 bermula 1 Mac 2021. Sehubungan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan turut mengikuti saranan yang ditetapkan oleh KPT di samping mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 dalam kampus UPM.
Kementerian Pengajian Tinggi menganggarkan hanya 30% jumlah maksimum bilangan pelajar berkeperluan yang akan berada di kampus yang terdiri daripada 6 kategori yang telah ditetapkan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kampus. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar UPM yang tergolong dalam kategori tersebut sahaja akan dibenarkan masuk ke kolej kediaman untuk meneruskan pembelajaran bagi Semester Kedua, Sesi 2020/2021.
Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus Universiti Putra Malaysia, pihak pengurusan kolej-kolej kediaman UPM telah mengambil keputusan bahawa semua proses dan prosedur berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar lama dan baharu hendaklah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan seperti mengisi borang deklarasi kesihatan, MySejahtera, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan penjagaan kesihatan diri yang rapi.
Enam kategori tersebut adalah seperti berikut:
Pelajar kes-kes khas selain daripada enam (6) kategori seperti yang tertera di atas, boleh membuat rayuan secara terus kepada YBhg. TNC HEPA untuk memohon kebenaran menginap di kolej kolej kediaman.
Pelajar yang hadir ke kolej kediaman adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Pelajar juga diminta memakai pelitup muka (face mask), menggunakan hand sanitizer dan sentiasa mengamalkan aspek kebersihan diri sentiasa seperti kerap mencuci tangan dan mandi serta menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada dalam kawasan kolej.
Sumber : NOTIS DAN TATACARA PENTADBIRAN KEMASUKAN PELAJAR KE KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, KAMPUS SERDANG, SEMESTER KEDUA, SESI2020/2021 BERMULA 4 MAC 2021
Tarikh Input: 05/02/2021 | Kemaskini: 01/03/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203