Gotong-Royong SPS Bil.3 2023: Usaha Menghargai Persekitaran Tempat Kerja | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Gotong-Royong SPS Bil.3 2023: Usaha Menghargai Persekitaran Tempat Kerja

Gotong-Royong SPS Bil.3 2023: Usaha Menghargai Persekitaran Tempat Kerja

1 November 2023, SERDANG – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah melaksanakan kerja-kerja gotong royong bilik fail lama SPS yang terletak di Pejabat Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB). Usaha berterusan untuk mengimbas fail-fail lama pelajar, selari dengan Panduan Pengurusan Fail Dan Rekod Universiti (Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007), telah dijalankan sepanjang tahun mengikut Unit. Jadual bertugas tersebut telah disedia dan dipantau oleh Pejabat Am Dekan SPS, sebagai salah satu indikator pengurusan rekod jabatan yang bersistematik.

Staf SPS telah bergerak ke BPOP sekitar jam 9.30 pagi bagi mengeluarkan fail-fail lama pelajar yang telah diimbas untuk dihantar ke pusat pelupusan. Kerja-kerja tersebut telah mangambil masa hampir 3 jam (sesi pagi dan petang) untuk diselesaikan sebelum ruang fail tersebut dikemas buat kali terakhir.

  

Semoga usaha-usaha kecil tetapi berterusan ini dapat meningkatkan lagi komitmen sedia ada warga SPS dalam menjaga persekitaran tempat kerja dan mempelajari kaedah pengurusan rekod jabatan secara lebih sistematik.

Tarikh Input: 07/11/2023 | Kemaskini: 08/01/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDUAu~