Inisiatif Lushy Green For The Eyes 2022 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Inisiatif Lushy Green for The Eyes 2022

Inisiatif Lushy Green for The Eyes 2022

7 Oktober 2022, Serdang -  Tindakan memelihara elemen hijau di tempat kerja adalah penting dalam memastikan kelestarian hijau serta mewujudkan persekitaran yang kondusif buat pelaksanaan tugas PTJ.

Sekolah Pegajian Siswazah (SPS) dengan bantuan Pusat Pertanian Putra (PPP), telah menjalankan satu inisiatif penanaman pokok di tanah lapang di hadapan bangunan SPS. Usaha ini telah dimulakan dengan mengenalpasti jenis tanah di kawasan lapang tersebut dan menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di kawasan itu. Khidmat nasihat pegawai pertanian PPP melalui lawatan tapak dan rundingan telah memudahkan proses tersebut.

Aktiviti tanam pokok jenis Bucida ini telah dimulakan pada jam 9 pagi dengan penglibatan kesemua staf SPS. Setiap unit telah diamanahkan dengan satu anak pokok, jumlahnya ialah sebanyak enam (6) unit, yang ditanam sebaris ditanah lapang tersebut. Selain daripada hanya menanam pokok dan menceriakan kawasan pesekitaran, usaha ini memerlukan tindakan berterusan setiap ahli SPS mengikut unit dalam menjaga kesihatan anak pokok tersebut dari semasa ke semasa. Aktiviti-aktiviti mudah seperti ini dapat mengeratkan silatrahim sesama staf disamping mencapai objektif menjamin kelestarian hijau persekitaran.

 

Tarikh Input: 08/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdVAm~