Lawatan Ke I-PUTRA Bagi Aktiviti Penanda Aras Kemudahan Aplikasi Mobile Apps Smart Putra (PUTRA(Q) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan ke i-PUTRA bagi Aktiviti Penanda Aras Kemudahan Aplikasi Mobile Apps Smart Putra (PUTRA(Q)

Lawatan ke i-PUTRA bagi Aktiviti Penanda Aras Kemudahan Aplikasi Mobile Apps Smart Putra (PUTRA(Q)

18 Januari 2024, SERDANG - Lawatan ke i-Putra adalah bertujuan untuk mempelajari bagaimana Sistem Aplikasi Putra-Q berfungsi di sistem kaunter i-PUTRA.
Sebagai pengguna terawal Putra-Q, ianya diakui memudahkan urusan dikaunter i-Putra. Pelajar atau pelawat perlu muatturun aplikasi Putra-Q terlebih dahulu, imbas kod QR yang disediakan, pilih urusan yang mahu dibuat dan nombor giliran akan dikeluarkan.

Pelanggan boleh melihat bilangan baki no giliran yang ada dikaunter, oleh itu mereka boleh mengatur masa untuk ke kelas. Pelanggan juga bebas membatalkan no giliran jika kesuntukan masa atau terdapat urusan lain.

Disebalik kelebihan-kelebihan Putra-Q, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan diperhatikan jika aplikasi ini akan digunakan di SPS supaya bersesuaian dengan situasi urusan di SPS.

Lawatan ini memberi pendedahan ilmu baru kepada staf yang hadir kerana Sistem Putra-Q masih baru dibangunkan oleh IDEC dan baru diaplikasikan di i-Putra. Lawatan dan sesi perkongsian bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir dengan sesi fotografi bersama semua staf yang terlibat pada jam 4.30 petang.

 

Tarikh Input: 18/01/2024 | Kemaskini: 19/04/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbPAc~