Sekolah Pengajian Siswazah, UPM dengan jayanya telah mengadakan Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam Peringkat Sekolah Pengajian Siswazah pada 30 Mac 2021 yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom.
Majlis itu telah dilancarkan oleh Profesor Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah. Dalam ucapannya beliau berkata EKSA merupakan satu amalan baik yang perlu diteruskan dengan kerjasama daripada setiap staf Sekolah Pengajian Siswazah agar persekitaran dan ruang kerja sentiasa kemas dan selesa yang akan meningkatkan semangat bekerja bagi setiap staf di SPS.
Majlis tersebut bermula pada jam 3 petang dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan aluan dan pelancaran oleh Dekan SPS. Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran dan berakhir dengan sesi fotografi pada 3.30 pm.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 01/04/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203