Pameran Pendidikan Univerisiti Terbaik Malaysia Ke-5 [9-14 September 2019] | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Pameran Pendidikan Univerisiti Terbaik Malaysia Ke-5 [9-14 September 2019]

Pameran Pendidikan Univerisiti Terbaik Malaysia Ke-5 [9-14 September 2019]

Pameran Pendidikan Univerisiti Terbaik Malaysia Ke-5 [9-14 September 2019] telah yang diadakan di Bangladesh. Terdapat beberapa buah universiti lain lagi turut mengambil bahagian dalam pameran ini. Antaranya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Multimedia University (MMU) dan University Teknologi Petronas (UTP). Semua universiti yang terlibat mempunyai objektif yang sama iaitu untuk mempromosikan program sarjana dan pascasiswazah masing-masing. Pameran itu diadakan bermula pada 9 hingga 14 September 2019, di dua bandar raya - Chittagong dan Dhaka. Sepanjang pameran berlangsung, seramai 100 pelawat yang mengunjungi gerai pameran kami berminat untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau PhD di UPM. Berdasarkan borang permohonan yang diterima serta temu bual secara langsung bersama pengunjung yang berminat, mereka kebanyakannya berminat dalam bidang Sains Komputer, Ekonomi, Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pembangunan Sumber Manusia dan Pemasaran.

Tujuan utama pameran pendidikan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dan ibu bapa mereka untuk mengetahui pilihan yang ada untuk meneruskan pengajian pendidikan tinggi di Malaysia.

Di samping itu, pelajar dan pelawat dapat bercakap terus dengan wakil universiti untuk mendapatkan maklumat terperinci, termasuk yuran pengajian, biasiswa, pembiayaan dan aplikasi dan pemprosesan VISA.

Sepanjang pemaren berlangsung, semua universiti telah memberi khidmat nasihat kepada para tetamu.


UPM @ Radisson Blu, Chittagong (9 – 10 September 2019)

 



UPM @ Midas Centre, Dhaka (12 – 14 September 2019)

 



Tarikh Input: 17/09/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | azimin

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaPAZ~