TECHNOLOGY PARK MALAYSIA (TPM), 9 OKT – Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) dibawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) berjaya menganjurkan Program Nano Kebangsaan (NanoKEB 2018) dengan penuh gilang-gemilang bermula 9 hingga 11 Oktober 2018 yang bertempat di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
NanoKEB 2018 merupakan program tahunan NNC, MESTECC juga sebahagian daripada aktiviti anjuran NNC dalam usaha memberi pendedahan kepada umum mengenai nanoteknologi yang bertindak sebagai satu bentuk budaya serta sumber ekonomi ke arah sebuah negara berinovasi dan berpendapatan tinggi.
Program ini turut membuka ruang imaginasi yang luas berkaitan Nanoteknologi yang lebih berinovatif yang berpotensi besar dilaksanakan pada masa akan datang.
NNC turut menganjurkan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi 2018 (PIN'18) sekaligus memberi peluang kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah dalam mengetengahkan idea-idea kreatif mereka yang berinovatif untuk diserapkan dalam penyelidikan supaya mampu dilaksanakan bagi pembangunan nanoteknologi dan penghasilan bahan untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor industri.
Pelajar-pelajar daripada Universiti Putra Malaysia telah mendominasi kemenangan dan menjadi Juara dalam pertandingan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Kebangsaan (PIN'18) bagi kategori Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana.
Bagi kategori Doktor Falsafah, tempat pertama membawa pulang trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,500 dimenangi oleh IZWAHARYANIE BINTI IBRAHIM (UPM) dengan projek bertajuk "Modification of Three-Dimensional Printed Electrode with Cellulose Acetate Beads Infused with Cadmium Sulphide Nanoparticles and Graphene for Dual-functional Photo Electrochemical Sensor-adsorbent of Copper (II) Ions".
Tempat ketiga kategori Doktor Falsafah yang membawa pulang trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM500 dimenangi oleh SHAFARINA AZLINDA BINTI AHMAD KAMAL (UPM) dengan projek bertajuk "Graphene-Conductive Inks as A Disposable Carbon Dioxide Gas Sensor".
Tempat saguhati kategori Doktor Falsafah yang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM100 di menangi oleh MOHD AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD YUNOS (UPM) bagi projek penyelidikan "Pembangunan Penyurih Radioaktif Nanopartikel Emas Industri untuk Pengesanan Awal Masalah Sistem Aliran dalam Industri Pemprosesan Kimia dan Petrokimia".
Bagi kategori Ijazah Sarjana, pelajar UPM yang telah memenangi tempat saguhati yang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM100 adalah FARAH NAJWA NABILA BINTI MOHD HATTA (UPM) bagi projek penyelidikan bertajuk "Microbial Nanofactories for Production of Silver Nanoparticles Utilizing a Locally Isolated Malaysian Bacterial Strain as an Alternative Source of Antimicrobial Agents".
Sijil penyertaan dan hadiah di sampaikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Timbalan Menteri MESTECC diiringi oleh Datuk Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pengkomersialan) MESTECC dan Dr. Abdul Kadir Bin Masrom, Setiausaha Bahagian Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.
Farah Najwa (dua dari kiri) memenangi tempat saguhati bagi kategori Ijazah Sarjana yang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM100
Pemenang-pemenang bagi kategori Ijazah Sarjana
Mohd Amirul Syafiq (kiri) memenangi tempat saguhati bagi kategori Doktor Falsafah yang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM100
Shafarina Azlinda (kiri) memenangi tempat ketiga bagi kategori Doktor Falsafah yang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM500
Izwaharyanie (kiri) memenangi tempat pertama bagi kategori Doktor Falsafah yang membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM1500
Pemenang-pemenang bagi kategori Doktor Falsafah
(Artikel ini telah disumbangkan oleh Mohd Amirul Syafiq, peserta Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi 2018 (PIN'18))
Tarikh Input: 18/10/2018 | Kemaskini: 22/10/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203