Berikutan peningkatan kes COVID-19, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengesyorkan semua institusi pengajian tinggi menangguhkan pendaftaran fizikal pelajar baru dan lama di kampus. Susulan kenyataan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah meneruskan pendaftaran secara dalam talian dengan jayanya bermula pada 5 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020 untuk pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa yang baharu dan sedia ada. Sistem PutraEnroll adalah sistem pendaftaran secara dalam talian yang telah dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (IDEC). Langkah-langkah pendaftaran secara dalam talian adalah seperti berikut:
Langkah 1 : Layari Portal Pelajar di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal.
Langkah 2 : Pendaftaran
Langkah 3 : Lengkapkan
Bahagian |
Dokumen |
Maklumat Peribadi |
- Gambar berukuran passport (latar belakang biru/putih) |
Latar Belakang Akademik |
Calon Master
Calon PhD |
Status Sokongan Kewangan |
Persendirian
Biasiswa |
Pengesahan Pra-pendaftaran |
Declaration Form for Online Registration -an autogenerated form in PutraENROLL |
Langkah 4 : Bayaran
Langkah 5 : Selesai
Pelajar pasca siswazah baharu tempatan dan antarabangsa dikehendaki melengkapkan pendaftaran dalam talian melalui pautan http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal. Orientasi untuk semua pelajar pasca siswazah baharu juga akan dilaksanakan secara maya. Informasi berkaitan dengan pendaftaran kursus dan pengendalian kelas maya akan dimaklumkan semasa orientasi kelak.
Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk pelajar baharu dan sedia ada yang akan memulakan/menyambung pengajian pada Semester 1 Sesi 2020/2021 bermula pada 19 Oktober 2020 adalah secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Walau bagaimanapun, pelajar pasca siswazah masih boleh bertemu penyelia dan menjalankan kerja penyelidikan di makmal atau lapangan mengikut SOP yang dikeluarkan oleh pihak fakulti/sekolah/institut.
Tarikh Input: 28/10/2020 | Kemaskini: 28/10/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203