Penyertaan Sekolah Pengajian Siswazah Ke Study In Malaysia Education Fair Uzbekistan 2023 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Penyertaan Sekolah Pengajian Siswazah ke Study in Malaysia Education Fair Uzbekistan 2023

Penyertaan Sekolah Pengajian Siswazah ke Study in Malaysia Education Fair Uzbekistan 2023

2 Oktober 2023, SERDANG - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) bersama Bahagian Kemasukan dan Bahagian Tadbir Urus Akademik telah menyertai aktiviti promosi anjuran EMGS iaitu Study in Malaysia Education Fair Uzbekistan 2023 pada 16 – 20 September 2023. Pn. Rahmawati Umar (Ketua Unit Pengambilan SPS) telah dilantik sebagai sebagai duta promosi bagi program siswazah UPM program tersebut.

Program promosi yang telah berlangsung di tiga (3) bandar utama; Tashkent, Samarkand dan Andijan, telah mendapat sambutan hangat dengan bilangan pengunjung seramai 1,845 orang secara keseluruhannya. Perasmian program telah dilakukan oleh TYT Ambassador Ilham Tuah bin Illias pada 16 September 2023. Pelbagai peluang kerjasama antara UPM dan Uzbekistan telah dikenalpasti melalui program promosi tersebut terutamanya dalam bidang agrobioteknologi, Pembangunan sumber manusia dan pelancongan.

Secara keseluruhannya, penyertaan UPM dalam aktiviti promosi kali ini mendapat respon yang sangat memberangsangkan. Didapati UPM mempunyai potensi pasaran yang baik di Uzbekistan sekiranya visibiliti UPM diperkukuhkan secara konsisten di negara tersebut. Antara perkara yang menjadi tarikan pengunjung selain Malaysia merupakan negara Islam adalah ranking UPM yang tinggi dalam pelbagai aspek pendidikan. Calon-calon pascasiswazah yang berminat ke UPM, turut didapati boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan cakna dengan keperluan IELTS 6.

Tarikh Input: 02/10/2023 | Kemaskini: 14/12/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDMAZ~