14 April 2023, Serdang – Idea yang tidak dikongsi adalah umpama suara yang tiada berbunyi. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dengan kerjasama pejabat Siswazah semua fakulti/sekolah/institut di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan pertandingan 3 Minutes Thesis (3MT) bermula 15 Mac sehingga 14 April 2023. Penganjuran pada tahun ini telah diadakan secara fizikal di Auditorium, Fakulti Pengajian Pendidikan , setelah penganjuran dalam talian selama tiga (3) tahun berikutan dengan penularan wabak Covid-19. Siri taklimat bersama peserta dan juri telah dijalankan secara berkala bagi melancarkan proses pelaksanaan pertandingan ini.
Sambutan yang baik pada tahun ini dapat dilihat melalui jumlah penyertaan seramai 24 orang dari pelbagai PTJ. Peringkat saringan dan akhir Universiti telah diadakan pada hari yang sama, dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Seramai tiga (3) orang juri telah dilantik bagi peringkat saringan; Prof. Sr. Gs. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Prof. Dr. Jalila Abu dan Dr. Aini Marina Ma’rof. Seramai 12 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir.
Pertandingan akhir yang dihadiri oleh Prof.Madya. ChM. Dr.Siti Salwa, Timbalan Dekan SPS (Tesis dan Hal Ehwal Pelajar & Media) telah diadili oleh empat (4) orang juri jemputan pakar; Prof. Dr. Sharmili Vidyadaran & Prof. Madya Dr. Moniza Waheed (UPM), Ts. Dr. Nor Hazilawati (HeiTech Managed Services) dan Dr. Mohanaapriya Sina Raja (RTM Malaysia). Seramai tiga (3) orang pemenang hadiah utama dan seorang penerima anugerah khas (People’s Choice Award) telah dipilih pada akhir pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta kesemua peserta yang telah berjaya mewakili PTJ masing-masing dengan idea penyelididkan mereka.
Terima kasih juga kepada kesemua pegawai bertanggungjawab dan pengurusan PTJ yang telah membantu sepanjang pelaksanaan program 3MT pada tahun ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services