Siri Lawatan Penanda Aras EKSA Ke Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Siri Lawatan Penanda Aras EKSA ke Sekolah Pengajian Siswazah

Siri Lawatan Penanda Aras EKSA ke Sekolah Pengajian Siswazah

28 September 2022, Serdang -  Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menerima beberapa kunjungan/ lawatan penanda aras bagi komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PTJ. Sebanyak tiga (3) kunjungan telah diterima sepanjang bulan September 2022 daripada pelbagai PTJ di UPM. Siri tersebut telah dimulakan dengan lawatan daripada Pusat Antarabangsa (i-Putra) pada 30 Ogos 2022 diikuti oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) dan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) 28 September 2022.

Permohonan lawatan ini telah disambut baik oleh SPS sebagai tanda memupuk budaya korporat yang baik antara PTJ dalam UPM. Kesemua lawatan tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pendaftar SPS, Pn.Norhasliza Hassan yang dibantu oleh penyelaras EKSA SPS, Cik. Nur Nadjla Ahmad Razei.  Agenda lawatan tapak telah diselaraskan dengan sesi pembukaan yang akan membentangkan amalan EKSA sedia ada di SPS dan diikuti dengan lawatan sekitar bangunan SPS. Dalam sesi tersebut, para pelawat akan bertanya secara terus kepada staf dan pegawai SPS berkenaan inisiatif EKSA yang dipraktikkan di setiap ruangan pejabat SPS. Ini memberi peluang untuk mereka memahami komponen EKSA yang diamalkan di SPS di samping melihatnya sendiri.

Agenda penutup lawatan akan dimulakan dengan sesi maklum balas/ komen daripada pelawat yang seterusnya akan digunakan sebagai ulasan penambahbaikan amalan EKSA di SPS, pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEaOAK~