Siri Seminar Putra Sarjana: Platform Perkongsian Ilmu Siswazah Cemerlang UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Siri Seminar Putra Sarjana: Platform Perkongsian Ilmu Siswazah Cemerlang UPM

Siri Seminar Putra Sarjana: Platform Perkongsian Ilmu Siswazah Cemerlang UPM

Oktober 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui program bantuan pembelajaran Putra Sarjana telah menganjurkan tiga (3) sesi bersama penceramah jemputan bagi bulan Oktober 2023. Seminar yang berfokus kepada teknik penulisan tesis, proses pengajian pascasiswazah, nilai kendiri serta komunikasi berkesan dianjurkan secara percuma bagi pelajar pascasiswazah semasa UPM.

Sesi pada 6 Oktober 2023 telah dijalankan secara dalam talian bersama Prof. Ts. Dr. Goh Yong Meng, Professor Fakulti Perubatan Vterinar dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM. Perkongsian bertajuk ‘Securing Grants Through an Effective Proposal’ tersebut telah dihadiri oleh 220 orang pelajar melalui aplikasi Zoom Meetings. Prof. Goh telah berkongsi beberapa tips asas dalam menghasilkan satu kertas cadangan (research proposal) yang berkualiti untuk nendapatkan sebarang bentuk geran penyelidikan.  Ia merangkumi teknik mengenalpasti masalah penyelidikan, jenis geran yang hendak dimohon dan perancangan pelaksanaan penyelidikan mengikut keperluan geran. Para peserta telah aktif bertanya soalan pada akhir sesi dan maklumbalas positif peserta mencerminkan keberkesanan penyampaian Prof. Goh. Seminar tersebut telah berlangsung selama 2 jam ,10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Siri bulanan ini diteruskan dengan sesi bersama Dr. Thavamaran Kanesan, Ketua Editor Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD. Dr.Thavamaran telah menerangkan teknik pencarian data dan penulisan jurnal sebagai salah satu keperluan bergraduat pelajar pascasiswazah. Peringkat kemuncak dalam proses pengajian pascasiswazah ini sentiasa menjadi kerisauan pelajar dan telah dijelaskan secara terperinci oleh penceramah jemputan dalam sesi Thesis Literature Matrix: Litmaps.AI, Google Scholar and Literature Writing. Penerangan Dr.Thavamaran berkaitan integrasi AI dalam pencarian maklumat berkaitan telah menarik minat dan perhatian seramai 176 orang pelajar untuk kekal aktif sepanjang slot. Sesi yang dijalankan secara dalam talian ini telah diadakan 11 Oktober 2023, bermula jam 10.10 pagi hingga 12.40 tengahari. Perkongsian selama 2 jam itu telah diakhiri dengan sesi fotografi dan soal jawab peserta.

Program Putra Sarjana edisi November 2023 telah diakhiri dengan slot Biosafety and Biosecurity yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Leslie Than Thian Lung dan Prof. Dr. Wong Mui Yun. Sesi yang telah diadakan secara bersemuka di Auditorium Raden Umar, Fakulti Kejuruteraan UPM pada 20 Oktober 2023, bermula jam 10 pagi – 12.00 tengahari. Kedua-dua penceramah tersebut merupakan ahli Jawatankuasa Keselamatan Biosafety dan Biosecurity UPM. Slot tersebut telah berfokus kepada teknik pengendalian peralatan makmal dan contoh kemalangan yang boleh timbul daripada kecuaian pelajar. Pelajar yang hadir telah bertanya soalan mengenai polisi dan peraturan khusus kepada jenis peralatan yang digunakan bagi penyelidikan mereka.

Tarikh Input: 02/10/2023 | Kemaskini: 14/12/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDPAj~