Siri Seminar Putra Sarjana Sebagai Usaha Membantu Proses Pembelajaran Pascasiswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Siri Seminar Putra Sarjana Sebagai Usaha Membantu Proses Pembelajaran Pascasiswazah

Siri Seminar Putra Sarjana Sebagai Usaha Membantu Proses Pembelajaran Pascasiswazah

13 Julai 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui program bantuan pembelajaran Putra Sarjana telah menganjurkan dua (2) sesi bersama penceramah jemputan bagi bulan Julai 2023. Seminar yang berfokus kepada teknik penulisan tesis, proses pengajian pascasiswazah, nilai kendiri serta komunikasi berkesan dianjurkan secara percuma bagi pelajar pascasiswazah semasa UPM.

Sesi pada 6 Julai 2023 telah dijalankan secara dalam talian bersama Dr.Aini Marina Ma’arof, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Perkongsian bertajuk ‘Articulation and Presentation Skills’ tersebut telah dihadiri oleh 217 orang pelajar melalui aplikasi Zoom Meetings. Dr.Aini Marina telah menggariskan beberapa tips penting dalam membentangkan cadangan tesis atau sebarang bentuk dapatan kepada sesebuah kumpulan.  Ia merangkumi teknik kawalan suara, jenis bahan pembentangan dan latihan kendiri yang perlu dititkberatkan sebelum pembentangan pelajar. Para peserta telah aktif bertanya soalan pada akhir sesi dan maklumbalas positif peserta mencerminkan keberkesanan penyampaian Dr. Aini Marina. Seminar tersebut telah berlangsung selama 2 jam 20 minit, 9.15 pagi sehingga 11.35 pagi.

Siri bulanan ini diteruskan dengan sesi bersama Dr. Thavamaran Kanesan, Ketua Editor Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD. Dr.Thavamaran telah menerangkan teknik pencarian data dan penulisan review jurnal sebagai salah satu keperluan bergraduat pelajar pascasiswazah. Peringkat kemuncak dalam proses pengajian pascasiswazah ini sentiasa menjadi kerisauan pelajar dan telah dijelaskan secara terperinci oleh penceramah jemputan dalam sesi After Literature Review Chapter, how to write Review Journal: Can I use AI?. Penerangan Dr.Thavamaran berkaitan integrasi AI dalam pencarian maklumat berkaitan telah menarik minat dan perhatian seramai 186 orang pelajar untuk kekal aktif sepanjang slot. Sesi yang dijalankan secara dalam talian ini telah diadakan 13 Julai 2023, bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Perkongsian selama 2 jam itu telah diakhiri dengan sesi fotografi dan soal jawab peserta.

Tarikh Input: 14/07/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFDUAH~