15 Ogos 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) melalui program bantuan pembelajaran Putra Sarjana telah menganjurkan satu (1) sesi bulanan bersama penceramah jemputan bagi bulan Ogos 2023. Seminar yang berfokus kepada teknik penulisan tesis, proses pengajian pascasiswazah, nilai kendiri serta komunikasi berkesan dianjurkan secara percuma bagi pelajar pascasiswazah semasa UPM.
Sesi bagi bulan telah dijalankan secara dalam talian bersama Dr.Thavamaran Kanesan, Ketua Editor Educational Consultant of Proofreading by a UK PhD. Perkongsian bertajuk After Literature Review Chapter, how to write Review Journal: Can I use AI? telah dihadiri oleh 209 orang pelajar melalui aplikasi Zoom Meetings. Dr.Thava telah menerangkan kaedah paling berkesan dalam mencari bahan rujukan (literature) untuk digunakan sepanjang penulisan sebuah tesis akademik. Penerangan Dr.Thavamaran berkaitan integrasi AI dalam pencarian maklumat berkaitan telah menarik minat dan perhatian seramai 186 orang pelajar untuk kekal aktif sepanjang slot. Perkongsian selama 2 jam itu telah diakhiri dengan sesi fotografi dan soal jawab peserta.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/08/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services