Pada 27 Mei 2021, Khamis yang lalu, Sekolah Pengajian Siswazah telah mengadakan satu taklimat Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media kepada semua staf SPS. Objektif utama taklimat ini adalah memberi penerangan kepada semua staf SPS tentang skop tugasan dibawah unit tersebut. Taklimat ini penting agar semua staf SPS memahami bidang tugasan dan fungsi utama unit lain.
Staf dibawah Unit Hal Ehwal Pelajar dan Media adalah seramai 5 orang staf. Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain sebagai Timbalan Dekan Unit HEP dan Media, Puan Maslina Saleh, Setiausaha Timbalan Dekan, Encik Mohamad Hafiz Mohamad, Penolong Pendaftar, Cik Thuaibah Aslamiah, Pegawai Eksekutif 3 dan Puan Haslinda Sello, Pembantu Operasi.
Antara bidang tugasan Unit HEP dan Media adalah:
Taklimat ini dihadiri oleh semua staf SPS secara atas talian, bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada 4.00 petang.
Tarikh Input: 29/05/2021 | Kemaskini: 30/05/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203