
| Master Teknologi Makanan (kemasukan semester pertama sahaja) |
| Master Teknologi Makanan UPM (MoFT) adalah program ijazah lanjutan yang mempunyai semua komponen yang diperlukan untuk menawarkan mereka kerjaya yang memuaskan dalam industri makanan. Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang industri makanan.
MoFT mempunyai kurikulum yang menyeluruh yang melibatkan semua bidang utama teknologi pemprosesan makanan bagi membolehkan pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional untuk tempat kerja. Setelah tamat pengajian, graduan akan dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi dalam dunia sebenar dan memaparkan kelebihan berbanding lain-lain, sekali gus meletakkan diri mereka sebagai kompetitif bagi industri dan sektor awam. |
| Master Keselamatan dan Pemastian Kualiti Makanan (kemasukan semester pertama sahaja) |
| Master keselamatan dan pemastian kualiti makanan (MoFS) adalah satu program siswazah bertujuan untuk menyediakan pengetahuan yang mendalam melalui pendekatan bersepadu. Program ini juga berfaedah kepada sektor kerajaan dan swasta yang terlibat di dalam industri makanan. Pemahaman yang menyeluruh di dalam bidang keselamatan makanan akan memastikan penyediaan dan pengeluaran makanan bebas dari bahan cemar biologi, kimia dan fizikal seterusnya menyumbang kepada kepuasan dan keyakinan pelanggan.
Program MoFS adalah unik kerana pelajar berpeluang mendedahkan diri dan berinteraksi di dalam rangkaian dan kerjasama yang kukuh di kalangan pakar, pihak kerajaan dan sektor swasta seterusnya menyediakan diri dari aspek keselamatan dan kualiti makanan ke arah memperkasakan ekonomi. Graduan berpeluang untuk menambah pengetahuan dan pemahaman di dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan keselamatan makanan untuk pembangunan kerjaya yang lebih baik dan memuaskan. Pendedahan dan pengetahuan juga dapat diaplikasi di dalam penyelidikan yang berkualiti dan pengeluaran makanan yang lebih baik dan selamat untuk kesihatan dan kesejahteraan. |
| Master Reka Bentuk Makanan Fungsian (kemasukan semester pertama sahaja) |
| Master Reka Bentuk Makanan Fungsian (MFFD) bukan sahaja akan memberi pengetahuan mendalam kepada pelajar malah dapat melahirkan profesional/tenaga pakar yang dapat membina/mencipta dan menginovasi makanan dengan fungsi yang spesifik seterusnya memperbaiki kesihatan, kesejahteraan dan mengurangkan risiko penyakit.
Program ini juga mengabungkan pensyarah yang berpengalaman dan berkepakaran dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan serta wakil dari industri makanan. |
Kemaskini:: 26/11/2025 [aslamiah]

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services