Skim Elaun Penyelidikan Siswazah Khas (SGRA) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BANTUAN KEWANGAN & BIASISWA » BIASISWA/BANTUAN KEWANGAN UPM » Skim Elaun Penyelidikan Siswazah Khas (SGRA)

Skim Elaun Penyelidikan Siswazah Khas (SGRA)

1. Skim ini terbuka kepada semua pelajar siswazah (secara penyelidikan) yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di UPM.

2. Permohonan untuk skim ini boleh dibuat sepanjang semester dengan syarat pelajar mendaftar pengajian bagi semester tersebut dan berstatus “Baik”.

3. Setiap permohonan mesti mendapat sokongan daripada Penasihat/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan/atau oleh Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti/Pengarah Institut di mana geran penyelidikan ditempatkan.

4. Skim ini dibiayai oleh geran penyelidikan yang dimiliki oleh Penyelia/Pengerusi/Ahli Jawatankuasa Penyeliaan pelajar berkenaan. Bilangan pelajar yang boleh ditaja bergantung kepada syarat pihak penaja geran penyelidikan berkenaan.

5. Geran penyelidikan mestilah mempunyai baki mencukupi untuk menampung jumlah kadar elaun bulanan sepanjang tempoh pelantikan yang dicadangkan.

6. Pemohon yang ada menerima bantuan biasiswa/kewangan lain atau bekerja adalah tidak layak memohon SGRA.

7. Pelantikan di bawah skim ini akan berkuat kuasa sebaik sahaja surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SPS). Sebarang permohonan agar tarikh lantikan bermula awal tidak akan dibenarkan.

8. Garis panduan pelantikan adalah seperti berikut:

 Tarikh Permohonan Diterima oleh SGS

 Tarikh Kuatkuasa Perlantikan

 Tidak lewat dari 15 haribulan.

 Dari hari pertama bulan semasa.

 Selepas 15 haribulan.

 Dari hari pertama bulan berikutnya.








9. Permohonan SGRA mesti dilakukan setiap semester dan bilangan semester pengajian pemohon mestilah tidak melebihi: 

  • Sarjana: 6 semester
  • PhD: 10 semester

10. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.

Elaun Bulanan:

11. Pemohon yang berjaya akan diberi elaun bulanan seperti yang disyorkan oleh Penyelia / Pengerusi / Ahli Jawatankuasa Penyeliaan.  Siling elaun bulanan adalah pada kadar seperti berikut: 

  • Sarjana : RM1,800.00 sebulan
  • PhD : RM2,300.00 sebulan

Namun begitu, calon yang dilantik boleh dipertimbangkan elaun bulanan yang lebih tinggi tertakluk kepada persetujuan penyelia, jumlah peruntukan geran dan kadar siling yang ditetapkan dalam garis panduan pihak penaja.

12. Tiada pengecualian yuran akan diberikan kepada pelajar di bawah skim ini.

Tanggungjawab Penerima SGRA:

Pelajar yang menerima skim ini tidak diwajibkan membantu dalam pengajaran, tutorial dan/atau menunjuk ajar tetapi perlu membantu dalam kerja penyelidikan seperti yang diarahkan oleh penyelia.

Garis Panduan Permohonan:

  1. Melengkapkan borang permohonan secara on-line melalui portal pelajar di
    http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/.

  2. Sila pastikan Penasihat / Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan/atau Ketua Projek Penyelidikan dan Dekan Fakulti / Pengarah Institut menyokong permohonan anda di sistem.

Nota: Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran/elaun yang telah diberikan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Puan Rozalita Adnan di talian 03-9769 4238 atau emel ke rozalita@upm.edu.my

Kemaskini:: 18/08/2021 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEbKAk~